:
Yang Berbahagia Datuk Dr. Amin Bin Senin,
Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 18, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.
Rujukan :
Tarikh :
Yang Berbahagia Datuk,
PERMOHONAN KERJASAMA PENGANJURAN FORUM PENDIDIKAN ANJURAN YBAM ( PERSATUAN
BELIA BUDDHIST MALAYSIA )
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. YBAM akan menganjurkan Forum Pendidikan Peringkat Kebangsaan seperti ketetapan di
bawah:
Tarikh : 19 Januari 2019
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan SJK (C) Wangsa Maju, Kuala Lumpur
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berhasrat untuk melaksanakan program ini dengan
kerjasama pihak Kemeneterian Pendidikan Malaysia. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja
program tersebut untuk rujukan dan tindakan Yang Berbahagia.
4. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi ______________ melalui talian
_______________. Kerjasama dan keprihatinan pihak Yang Berbahagia Datuk, diucapkan ribuan
terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
………………………………………………….
( )